Muhammad Yasiir b Hamdan
A151451
  • Home
  • BIODATA SAYA
  • TUGASAN
  • REFLEKSI SAYA
MINGGU KE-12
Alhamdulilah... bersyukur saya kepada Allah kerana telah memberi saya ketabahan untuk meneruskan pelajaran di UKM ini dan mengikuti kelas Komputer Dalam Pendidikan ini. Diam tak diam sudah masuk 12 minggu dan merupakan minggu ke-2 terakhir sebelum tamatnya sesi pembelajaran pada sem ini. Pada minggu ini, kami diminta untuk menghasilkan satu video berdasarkan story board dan skrip yang telah kami sediakan pada minggu ke-10 dengan menggunakan movie maker. Namun, kumpulan kami telah menggunakan "powtoon" yang telah kami pelajari melalui youtube. Hal ini kerana perisiannya sangat menarik berbanding perisian movie maker kerana perisian ini menyediakan pelbagai bentuk rekaan video yang menarik minat pengguna. Selain itu, perisian ini juga sangat mudah untuk dikendalikan serta menyediakan tutorial untuk menggunakannya.



MINGGU KE-11
Minggu ke-10 telah berlalu, kini telah masuknya minggu ke-11. Begitu pantas masa berlalu seakan tidak sedar dek terlalu alpa dengan kecanggihan teknologi moden pada masa kini. pada minggu ini, kami diarahkan untuk membina satu video berdasarkan tajuk yang telah diberikan pada tugasan 2. saya dan ahli kumpulan akan membina sebuah video yang bertajuk Kemahiran abad ke-21. sebelum membuat video ini, kami telah membuat perbincangan tentang elemen-elemen yang perlu dimasukkan di dalam video itu. Perbincangan ini perlu supaya kami dapat membina sebuah video yang menarik dan dapat mengongsi apa yang telah kami buat kepada rakan-rakan yang lain. Seterusnya, kami juga perlu membincangkan tentang story board dan skrip berdasarkan tajuk yang telah kumpulan kami dapat semasa tugasan 2 iaitu Kemahiran Abad ke-21. Semoga video yang kumpulan kami buat ini dapat memberi maklumat yang penting keada anda semua. Sekian terima kasih.
MINGGU KE-10
Assalamualaikum...
Tujuan saya menulis entri ini masih sama, tiada unsur lain melainkan untuk menyambung tulisan berkaitan tugasan saya. Sudah 10 minggu saya berada didalam kelas ini, masa terlalu cepat berlalu namun tidak mengapa. Telah banyak perkara yang dapat saya pelajari didalam kelas komputer dalam pendidikan ini. Baiklah daripada saya berceloteh panjang eloklah saya bercerita tentang apa tugasan pada minggu ke-10 ini. pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan di arahkan untuk membuat satu brosur dengan menggunakan Microsoft Publisher. Saya dan kumpulan saya telah membina brosur dengan menggunakan prinsip Casper dengan menggunakan unsur teks, bentuk, imej dan warna yang menarik  yang saya pelajari pada tugasan 3. Di dalam brosur ini juga, kami akan masukkan pengetahuan mengenai kemahiran abad ke-21. 
MINGGU KE-9
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian...
Seperti yang di perkatakan di minggu ke-8, saya dan kumpulan akan membuat laporan penuh untuk tugasan kemahiran abad ke-21 pada minggu ini iaitu minggu ke-9. kami telah menggunakan Google Docs bagi tujuan menyiapkan laporan penuh kumpulan kami. Hal ini bertujuan supaya kami satu kumpulan boleh mengedit kerja ini tanpa membuat perjumpaan dan hanya melalui atas talian sahaja. Hal ini kerana, kami satu kumpulan mempunyai masalah untuk membuat perjumpaan pada sesuatu masa kerana berlainan kolej dan kelas citra serta program yang kami sertai membuatkan kesuntukan masa sehinggakan kami tidak dapat membuat perjumpaan. Dengan adanya Google Docs ini, kami boleh membuat kerja secara kumpulan tanpa membuat perjumpaan. Didalam laporan ini  kami akan memasukkan maklumat mengenai kemahiran abad ke-21  dan hasil analisis borang soal selidik  yang telah kumpulan kami sediakan di dalam minggu ke-6 dan kumpulan kami  menganalisis borang soal selidik  tersebut pada minggu ke-8. Sekian daripada saya dan berjumpa lagi pada minggu yang akan datang.
MINGGU KE-8
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Diam tak diam sudah masuk 8 minggu  saya didalam kelas komputer dalam pendidikan ini.  mesti kamu semua tertanya-tanya apakah aktiviti atau pembelajaran yang telah saya lakukan pada minggu ini? teruskanlah membaca kalau anda semua ingin mengetahui. Dalam minggu ke-8 ini sebenarnya saya dan ahli kumpulan menyambung tugasan pada minggu ke-7  iaitu membuat analisis borang soal selidik yang telah di jawab oleh rakan-rakan yang lain mengenai kemahiran abad ke-21.  Kami di minta untuk merujuk sendiri di internet berkaitan cara untuk membuat analisis data daripada borang soal selidik. Hasil daripada rujukan, kami akan menukar borang soal selidik kepada bentuk jadual dan graf bertujuan untuk memudahkan lagi kerja kami untuk menganalisis data tersebut. Seterusnya, hasil daripada analisis tersebut akan kami letakkan di laporan penuh pada minggu akan datang. pada minggu ke-8 ini saya telah mempelajari bagaimana untuk menganalisis data daripada soalselidik dan menukarkannya kepada bentuk jadual dan graf. Tamatlah sudah refleksi saya untuk minggu ke-8 ini, semoga berjumpa lagi pada minggu yang akan datang.
 
Picture
MINGGU KE-7
Assalamualaikum w.b.t
 Dipendekkan cerita, sudah tujuh minggu saya mengikuti kelas komputer dalam pendidikan ini. Di dalam minggu ke-7 ini kami diminta untuk melawati  ke ruangan forum weebly bagi menjawab borang selidik yang dihasilkan oleh setiap kumpulan-kumpulan yang lain. tidak ketinggalan juga kami telah meletakkan  link borang soalselidik kami  agar dapat dijawab oleh pelajar lain. Setelah mendapat maklumbalas daripada respondan-respondan  barulah saya membuat analisis data dengan merujuk internet. Hasil analisis ini akan digunakan untuk membuat laporan tugasan berkumpulan saya iaitu 'Kemahiran Abad ke-21'. Saya telah mendapat maklumbalas seramai 39 orang dan hasil daripada soal selidik saya akan saya analisis  dan digunakan di dalam laporan saya pada minggu ke- 8 nanti.
Sekian sahaja refleksi saya untuk minggu ke-7. Sekian terima kasih.



MINGGU KE-6
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah memberi saya nafas untuk kembali menulis entri ini. Dari minggu ke minggu saya menulis entri ini dengan pelbagai tugasan yang telah diberikan oleh Dr. Siti Fatimah. pada minggu ke-6 ini, saya bersama ahli kumpulan saya telah mencari mengenai tajuk kami iaitu kemahiran abad ke-21 di dalam enjin pencarian google. setelah menjumpai apa yang dicari, kami telah menggunakan google form untuk mendapatkan maklumbalas pelajar lain bagi membantu untuk menyiapkan tugasan kami. Pada pendapat saya, dengan adanya googleform ini dapat memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat soalselidik berkaitan apa jua perkara yang mereka mahukan. Saya telah membuat satu borang soal selidik bagi mendapatkan maklumbalas daripada orang supaya dapat mambantu saya menyiapkan tugasan yang diberi. Borang soal selidik saya terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat diri manakala bahagian B mengenai kemahiran abad ke 21. Saya hanya kemukakan 11 soalan sahaja dan mempunyai pilihan jawapan dan saya telah mempelajari cara-cara membina soalan-solan borang soalselidik yang mudah agar tidak mengelirukan orang ramai. Hal ini dapat memberikan minat untuk responden menjawab dengan jujur dan tidak memeningkan kepala. Sampai sini sahaja penulisan saya pada minggu ke-6 ini. Sekian... Assalamualaikum.

MINGGU KE-5
Assalamualaikum w.b.t
Pejam celik sudah masuk minggu yang ke-5 dan banyak yang telah kami pelajari didalam kelas GE1155. Dr. Siti Fatimah juga telah banyak mengeluarkan ilmu-ilmunya untuk mendidik kami. Hal ini membuatkan kami lagi bersemangan untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Pada minggu ini kami diberi arahan membentuk kumpulan seramai 3 orang bagi satu kumpulan dan diberi tajuk yang berbeza untuk kami lakukan kajian. Bagi kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang iaitu saya, Muhammad Yasiir Bin Hamdan dan Ahmed Danniel Bin Mohamad Mohta telah diberi tajuk mengenai Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills. Kami diminta membuat kajian mengenai tajuk ini bersama-sama. Selain itu, kami dimaklumkan bahawa kami perlu membentangkan kajian kepada rakan kami yang lain mengenai tajuk kajian ini. Hal ini kerana setiap kumpulan mendapat tajuk yang berbeza-beza maka kami semua perlu membantangkan tajuk masing-masing  agar kami semua dapat mempelajari semua tajuk. Dengan cara ini kami akan mendapat banyak ilmu kerana setiap kumpulan yang mendapat tajuk berbeza akan membentangkan tajuk mereka maka kami tidak perlulah membuat kajian untuk kesemua tajuk tersebut. Dengan cara begini kami akan dapat mempelajari dengan lebih pantas dan cepat. Selain itu, kami dimaklumkan mengenai konsep CASPER iaitu panduan kepada kami untuk membuat presentation yang menarik untuk tugasan yang diberikan. Hasil daripada pembelajaran konsep Casper ini saya dapat idea bagaimana mencipta satu persembahan presentation yang menarik.


Kami diberi arahan untuk memulakan tugasan mulai minggu ini dan mencari bahan-bahan kajian kami. Hasil daripada pembelajaran saya pada minggu-minggu yang lepas mengenai perisian-perisian terbaru, saya merasakan bahawa perisian-perisian tersebut akan menyenangkan saya untuk membuat kajian ini dan berhubung dengan ahli kumpulan saya yang lain. Sebagai contohnya, googledocs dan gmail akan kami gunakan untuk berkongsi maklumat yang kami terima antara satu sama lain tanpa berjumpa kerana kami berlainan kolej. Ini sahaja refleksi saya pada minggu ke-5 dan akan saya mengemas kini refleksi saya pada minggu ke-6 pada minggu hadapan jika diberi umur yang panjang. InsyaAllah

Sekian Terima kasih




MINGGU KE-4


Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang anda semua sedia maklum, pada setiap minggu sepatutnya saya akan menulis  apa yang dikehendaki oleh pensyarah saya iaitu Dr. Siti Fatimah. Namun pada minggu ini kami diberi arahan supaya kelas dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada mulanya saya berasa kesal kerana tidak dapat mempelajari ilmu baru mengenai komputer dalam pendidikan pada minggu ini tetapi Dr. telah memberitahu bahawa akan menggantikan kelas pada satu tarikh yang belum ditetapkan dan saya berasa gembira apabila diperkatakan sedemikian. Oleh itu, pada minggu ke-4 ini tiadalah ilmu yang saya dapat kongsikan bersama. Sebelum saya menamatkan penulisan saya pada kali ini saya ingin berkongsi pesanan guru saya semasa saya berada di sekolah menengah iaitu jika kita bertanam, kita akan mendapat hasilnya, jika kita berusaha kita akan memperolehi kejayaan. Oleh itu, sebagai seorang pelajar kita hendaklah sentiasa berusaha tanpa mengenal erti penat dalam mencapai cita-cita kita bagi menunaikan harapan keluarga bangsa dan negara.

sekian terima kasih..

MUHAMMAD YASIIR BIN HAMDAN
PROGRAM SUKAN DAN REKREASI
FAKULTI PENDIDIKAN
UKM, BANGI, SELANGOR.
A151451




MINGGU KE-3


Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi saya kesempatan untuk menulis di ruangan refleksi saya ini. Pada 26 september merupakan minggu ke-3 saya didalam kelas GE1155 komputer dalam pendidikan. Sama seperti minggu yang lepas kami telah diberi tugasan oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin iaitu pensyarah untuk kelas komputer dalam pendidikan sukan dan rekreasi 2. Pada minggu ini kami dikehendaki membuat kumpulan-kumpulan kecil iaitu seramai 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan bertujuan untuk mencari maklumat mengenai Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS) . Pada mulanya selepas diberi tugasan kami sebagai pelajar yang kurang ilmu dalam (IT) ini berasa sukar umtuk mencari maklumat tersebut. Namun, setelah diterangkan dengan lebih detail barulah kami berasa mudah mencari maklumat tersebut dengan menggunakan enjin pencarian.

Pada awalnya, saya tidak mengetahui apa-apa sahaja berkaitan LMS dan CMS, namun setelah menjumpai maklumat berkaitan LMS dan CMS didalam enjin pencarian banyak yang dapat saya perolehi berkaitan apa itu LMS dan CMS serta kepentingannya. Berikut merupakan sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan mengenai LMS dan CMS dan ringkasannya supaya kita dapat mengetahui bersama-sama. 

Apa itu LMC/CMS ?


LMS merupakan sebuah sistem untuk pentadbiran, pendokumentasian, pemantauan dan laporan untuk sesebuah program latihan, kelas pembelajaran dan program e-learning. Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran bestari. manakala CMS pula merupakan  program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS. Sistem pengurusan kandungan seperti menyediakan prosedur untuk menguruskan kerja di laman web yang kita bangunkan menggunakan CMS ini. Jadi, dengan CMS ini anda boleh menghasilkan Blog sendiri, Store atau Ecommerce sendiri, laman web peribadi, laman web syarikat sendiri dan laman web yang lain.

Kepentingan sistem ini ?


 Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti.Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.

Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan  sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet.Tanpa capaian internet sistem ini tidap dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif.HaL ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online.

Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaian perenggan,menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi.Sebagai contoh talian,kelas maya dan program pengajar yang dipimpin  yang dapat menilai proses pembelajaran khusus.

Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota.Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini. Malahan,mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan. Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka.

Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu Gmail  group,facebook group dan blog.

Kelebihan bagi pelajar yang menggunakan sistem ini ialah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian, boleh di akses dimana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet, pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa memerlukan perjumpaan, hanya diatas talian sahaja, menampung keseluruhan proses pembelajaran.

Oleh itu saya merasakan Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) ini merupakan satu aplikasi yang dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran tidak kira peringkat rendah mahupun tinggi. Selain itu, aplikasi dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien. Kesimpulannya aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang sangat berguna dan bagus yang perlu digunakan di setiap institut-institut pendidikan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah.

Sekian Terima kasih..




MINGGU KEDUA
Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya sebelum menceritakan pengalaman semasa saya berada di dalam kelas Ge1155 komputer dalam pendidikan. Nama saya ialah Muhammad Yasiir b Hamdan merupakan bekas pelajar STPM dan kini menyambung pengajian saya di dalam bidang ijazah sarjana muda dalam pendidikan sukan dan rekreasi. Merupakan anak yang terakhir daripada tujuh orang adik beradik
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr.Siti Fatimah binti Mohd Yassin yang telah banyak membantu menunjuk ajar saya didalam penggunaan komputer. Saya merupakan seorang pelajar  yang tidak banyak mengetahui mengenai penggunaan komputer selain  microsoft word, microsoft powerpoint dan google. Namun begitu, pada pandangan saya, pada era globalisasi yang serba canggih dan moden ini saya perlu untuk mempelajari  serta memahirkan diri dalam dunia ICT seterusnya mengaplikasikan kedalam diri saya. Hal demikian kerana dapat memudahkan saya di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran didalam kelas. 

Dr. Siti Fatimah telah menerangkan serba sedikit isi kandaungan profoma dan pengenalan untuk apa subjek ini dipelajari pada minggu pertama. seterusnya, Dr. Siti Fatimah telah mengarahkan pelajar-pelajar didalam kelas sr2 supaya membuat beberapa kumpulan yang mengandungi 2 hingga 3 kumpulan. Selepas itu, kami di arahkan untuk membuat satu akaun mel elektronik Gmail serta membina signature yang mengandungi butiran seperti nama penuh, program, alamat fakulti dan nombor talifon. Hal ini bertujuan untuk mengenali identiti saya sekiranya saya menghantar sesuatu kepada seseorang. Setelah selesai membina gmail dan identiti diri, kami di arahkan untuk  membuat akaun baru seperti googledrive dan dropbox. Seterusnya, Dr.Siti Fatimah menerangkan kegunaan aplikasi tersebut dan kepentingannya.

Tambahan lagi, pensyarah kami memberikan satu 'username' dan 'pasword' kepada kami untuk membuat satu akaun weebly bertujuan untuk menulis refleksi diri, menaik taraf tugasan yang telah diberikan serta biodata diri. Dengan adanya weebly ini, kami lebih kerap untuk menjelajah dunia ICT serta mengaplikasikannya didalam diri. Sekian sahaja penerangan saya sepanjang minggu pertama didalam kelas GE1155 ini dan berharap dapat mempelajari dengan banyak perkara lagi.

sekian terima kasih...




Powered by Create your own unique website with customizable templates.